Khamis, 16 April 2009

Outdoor & indoor

Program Awal Tahun 2010...

Salam Rakan2... Majlis gotong - royong masak Bubur Asyura akan di adakan pada Hari Ahad ini jam 8:00 pagi bertempat di Tawau FM. Setiap Zon harap wakil 10 orang untuk hadir ke majlis tersebut ( 5 lelaki 5 perempuan ) untuk bantu dalam gotong - royong tersebut.

Sesiapa yang ingin menyertai, boleh hadirkan diri ke sana. Sebarang pertanyaan sila ajukan dalam CHATBOX di bawah ini.

Sekian & Terima kasih...


SELAMAT TAHUN BARU 2010 KEPADA SELURUH RAKAN CHATTERZ DI TAWAU FM !!!

SEMOGA TAHUN 2010 AKAN MENJADI YANG LEBIH UNTUK SEMUA !!!

PROGRAM PENUTUP 2009 !!! - telah berlalu/selesai!

MAJLIS PERASMIAN KELAB RAKAN@TAWAUFM YANG AKAN DIRASMIKAN OLEH TAN SRI DATUK LIEW PADA 27 DISEMBER 2009 JAM 2 PETANG.

LOKASI : Stesen Radio Malaysia Tawau...

DIHARAP SEMUA CHATTERZ DAPAT MENGHADIRKAN DIRI MEMBERI SOKONGAN MORAL... SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIAJUKAN DLM CHATBOX DI BAWAH INI...

SEKIAN DAN TERIMA KASIH...


Berbuka Puasa !!! - telah berlalu / selesai !

Majlis berbuka puasa gabungan rakan seluruh Tawau bakal diadakan pada 16 sept 2009, Rabu bermula pada pukul 4 petang sehingga selesai.

Majlis akan menggabungkan rakan2 dr Lahad Datu, Kunak, Kalumpang, Chatterz dan Myfriend.

Pelbagai acara2 ringkas akan diadakan bagi menyerikan lagi majlis tersebut seperti Bertukar2 kad raya, rakaman hari raya, menganyam ketupat dan sebagainya.

Tiada yuran dikenakan kepada rakan2 yg ingin menyertai tetapi digalakkan membawa makanan atau minuman sendiri dan diuruskan secara gotong-royong.

Alternatif lain, seperti mengumpul duit ikhlas dan disumbangkan pada AJK yg menguruskan majlis. Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung kepada GAIJIN. 014-3766637

Mari kita beramai-ramai menjayakan majlis ini!!!


PERJUMPAAN RAKAN CHAT - telah berlalu / selesai !

Esok, pada hari Rabu, 9 Sept 2009 dijangkan Chatterz akan mengadakan TT Berbuka Puasa/Suaikenal di Area Bandar Tawau. Sekiranya tiada aral melintang dan ada keluangan masa, TT akan mempertemukan beberapa wajah baru Chatterz dalam sesi suai kenal dgn rakan lama setelah beberapa waktu tak bersama. Antara yg dijangkakan hadir ialah Saya, Amoi_7, pu3_maishah, Teok, DJ Saat, DJ Azian, HoneyPie, Tweety, Gurly, wajah baru : sweet_nabela, Sue85, CITRA...

Tempat pilihan : Restoran Singgah Selalu @ Restoran Ali Topan @ Sedap Corner @ DLL

Pilihan banyak kerana situasi kekosongan meja tidak pasti.

salam wahai kawan2 sekalian. Bulan Ramadhan semakin hampir. harap semua bleh bagi cadangan utk program bulan puasa nanti. contohnya :

1. berbuka puasa
2. Terawih beramai2
3. zakat beramai2


sila beri cadangan ok!


PERJUMPAAN JULUNG KALI - telah berlalu / selesai !

tarikh perjumpaan : 12 April 2009 / Sabtu
Masa : jam 11:30 pagi

Tempat : SNACK CORNER, PAWAGAM

Antara rakan2 yg hadir ialah :

gaijin, honeypie, Amoi_7, Acime, NurTweety, Putri Mai dan Gurly...

ada juga beberapa rakan lain yg tak dpt hadir saat hadir kerana ada urusan dan hujan pun agak lebat...

Perjumpaan pun agak meriah walaupun 7 orang sahaja...

antara perkara yg dibincang adalah mengenai baju kelab dan aktiviti akan datang atau masa terdekat...

antara cadangan aktiviti ialah :

a) Melawat konti TFM - mungkin pd akhir bulan Mei
b) Mengadakan piknik di tempat menarik sekitar Tawau - masih dalam perancangan kasar
c) Menghadiri majlis Persandingan Chatterz TFM :-
31hb Mei 2009/ Hari Ahad / Dewan Sri Asnur = Sweet_Nabela

2 hb Mei 2009 / Hari Sabtu / Taman Semarak 29 = Gurly

Walaubagaimanapun, sebarang perubahan akan dikemaskini serta merta jika ada. Rajin2 la merujuk BLOG ni ok....

Aktiviti selepas perjumpaan itu, kami menyerbu Dewan Masyarakat Tawau utk melihat pameran PIKOM...


p/s : lupa snap pic aritu... adesss... aku cuba dptkan dr kwn2 lain yg ada snap!