Ahad, 10 Oktober 2010

Berlalu Syawal, kini Panggilan Haji...

salam,

tanpa kita sedari, Syawal telah meninggalkan kita. Pastinya sedih terasa kerana bulan yg penuh kegembiraan itu hanya datang setahun sekali. kita pasti rindukan suasana keharmonian syawal.

Yang bekerja di kota2 besar telahpun kembali menjalankan rutin harian. Yang bercuti sudahpun selesai bercuti, kuih muih pun dah habis dijamah, lagu raya tak kedengaran lagi kecuali mereka yg tegar nak dengar lagi lagu tu sbb rindu sgt RAYA...

Tapi kini, musim Haji pula bertandang. Lapangan terbang pun sesak kerana para bakal haji akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. Syukurla kerana mereka diberi peluang untuk menunaikan rukun Islam yg ke-5.

Selamat Menunaikan Fardhu Haji. Assalamualaikum ya Mekah ya Madinah...