Khamis, 16 Disember 2010

Teringin buat perjumpaan rakan chatterz...

Salam...

Rasanya belum terlewat utk saya ucapkan Selamat Tahun Baru Islam / Awal Muharram. Kemudian semalam ( 16/12/2010 ) telah diadakan bacaan Doa Selamat 10 muharram di rumah nenek aku.
Begitu pantas masa berlalu hinggakan x sedar tahun 2011 akan tiba. Yang x best skit, x tau lagi samada azam tahun 2010 adakah ADA yg tercapai atau tak. Ini pula nak merancang azam utk tahun 2011. Kita cuma mampu merancang, tapi tuhan yg menentukan.

Jadi, sebelum berakhirnya tahun 2010, aku ingin buat sesuatu sebagai kenangan. Pada 13/12/2010, Kakanda Saat ada petik pasal perjumpaan chatterz yg sudah lama xbuat. Hhmmm... cantik jugak cadangan tu. Perasaan rindu dgn geng2 chatterz timbul kembali. Terus flashback masa perjumpaan sulung kami yg amat meriah dgn baju merah kami... bestnya!

Saya berharap rakan2 dapat beri sokongan dalam usaha ini. Bukan hari2 pun jumpa. Tapi skali skala tu laaa yg paling ASYIKKK!!!

Cobalah bayangkan situasi pertemuan itu nanti, pasti perasaan bercampur baur dgn fikiran yg sarat dgn bahan cerita yg hendak dikongsikan setelah sekian lama terperap dalam badan... hahahhaaa....

( gambar kenangan perjumpaan sulung CHATTERZ )

Diharap rakan chatterz membaca nukilan ini dan respon laaa yg penting!!! heheheee.....




salam muhibbah dan selamat tahun baru 2011...




Ahad, 10 Oktober 2010

Berlalu Syawal, kini Panggilan Haji...

salam,

tanpa kita sedari, Syawal telah meninggalkan kita. Pastinya sedih terasa kerana bulan yg penuh kegembiraan itu hanya datang setahun sekali. kita pasti rindukan suasana keharmonian syawal.

Yang bekerja di kota2 besar telahpun kembali menjalankan rutin harian. Yang bercuti sudahpun selesai bercuti, kuih muih pun dah habis dijamah, lagu raya tak kedengaran lagi kecuali mereka yg tegar nak dengar lagi lagu tu sbb rindu sgt RAYA...

Tapi kini, musim Haji pula bertandang. Lapangan terbang pun sesak kerana para bakal haji akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. Syukurla kerana mereka diberi peluang untuk menunaikan rukun Islam yg ke-5.

Selamat Menunaikan Fardhu Haji. Assalamualaikum ya Mekah ya Madinah...

Selasa, 6 Julai 2010

Kemeriahan World Cup 2010

Salam,

Agak terlambat rasanya sy petik tajuk tersebut. walaubagaimanapun , tak salah rasanya jika sy cuba memberi sedikit pendapat tentang suasana tersebut.

Untuk pengetahuan semua sy salah seorang daripada peminat skuad MATADOR! tak kenal? cuba cari negara apa yg berkait dgn matador. Sy tak menjangkakan skuad ni akan sampai ke kumpulan 4 teratas kerana akan bersaing dgn gergasi bolasepak dunia. Tapi yg terjadi adalah sebalik ! juara WC 2006 pun tersingkir seawal peringkat pertama. Kemunculan negara baru spt ALL WHITE yg tak disangka mampu menyekat kehebatan negara2 yg dah lama mendalami ilmu bola...

Begitu la dunia BOLA. Walau apapun, tinggal beberapa hari saja lagi, WC 2010 akan meninggal kita. Yg pastinya pebagai kenangan yg dicatat dlm edisi WC ini yg akan dikenang seumur hidup. baki 3 perlawanan ini, sama2lah kita memeriahkan lagi dgn memberi sokongan yg sihat bukannya nak menimbulkan huru-hara. Jika menang jgn hina yg kalah, jika kalah jgn la pula muram tak puas hati. Sesungguhnya bolasepak sentiasa menghidangkan sesuatu yg menarik tahap diluar jangkaan kita.

Pesanan :

Elakkan judi bola...
Jangan percaya sgt si Paul Sotong Kurita...
Kat Afrika Selatan pesta, kat luarnya pula, muram, gembira, seronok, bunuh diri gaduh... aparaaa...

Khamis, 1 April 2010

Aktiviti terbaru Bulan April

salam,

Saya nak berkongsi info pada semua rakan.

Bagi mereka yg ingin mengisi masa lapang hari minggu anda, inilah salah satu aktivitinya!!!

Radio Malaysia Tawau akan mengadakan Program Bakat Cilik dan Realiti Pilihan peringkat akhir. Berikut infomasi mengenai program tersebut.

Lokasi program : Eastern Plaza, Tawau

Masa program : Bakat Cilik ( jam 2:00 petang ), Realiti Pilihan ( jam 7:00 malam )

Tarikh/hari : 4 april 2010 / AHAD

Artis jemputan : Heliza bintang AF5

ayok ramai2 kita meriahkan lagi program tersebut!!!

Khamis, 25 Mac 2010

AKTIVITI TERBARU

Salam ukhwah pada semua,

Rasa sudah begitu lama kita menyepikan diri tanpa sebarang aktiviti mahupun aktiviti kecil-kecilan. Namun ,baru2 ini saya mendapat 1 sms daripada En. Azrin selaku Presiden Rakan@TawauFM .

Beliau bercadang pada AHAD ini bersamaan 28 hb Mac 2010, bertempat di Midah Cafe akan diadakan majlis perpisahan untuk DJ Sugiman. Dijangkakan majlis tersebut akan bermula pada jam 10:00 pagi dan Ketua Zon dijemput hadir. Kawan2 yang lain rasa2nya boleh menghadirkan diri jika ada kelapangan masa. Bayaran dikenakan sebanyak RM 8 sahaja ( makan&minum ) untuk seorang dan jika ingin menyediakan cenderahati untuk DJ Sugiman amat dialu2kan.

Sebarang pertanyaan bloeh terus merujuk kepada Presiden kita iaitu, En. Azrin yeee...

ok, itu jerrrr... jumpa di sana... sana... sanaaaaaa........

Wassalammmm........

Khamis, 17 September 2009

Salam Dunia, Salam Semua, Salam Hari Raya !!!







DI KESEMPATAN INI, SAYA INGIN MEMOHON MAAF DI ATAS SEGALA KETERLANJURAN PERBUATAN ATAU KATA2 YANG TELAH MELUKAKAN DAN MENYINGGUNG PERASAAN HATI. SESUNGGUH AKU CUMA INSAN BIASA YANG TAKKAN SEMPURNA... TAK KIRA SAMADA DISENGAJAKAN ATAU TIDAK.



SUDI LAH BERKUNJUNG KE TERATAK BURUK SAYA DI BATU 4 1/2 JALAN APAS ATAU Perumahan Staf JKR Batu 4 Jalan Apas...



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN !






Khamis, 13 Ogos 2009

Bulan Ramadhan Datang lagi!

salam,

Sedar tak sedar, kita semakin menghampiri bulan yg mulia dan penuh keberkatan. Seluruh umat Islam pastinya tertunggu2 ketibaan bulan ini kerana bulan ini pintu syurga2 dibuka, neraka ditutup, syaitan dibelenggu dan bermacam keberkatan yg dapat diperolehi selain malam Lailatulqadar...

sebagai persediaan menghadapi Bulan Ramadhan 2010 nanti, kita digalakkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban ini untuk melatih diri kita agar bersedia berpuasa kelak.

Bulan ramadhan juga merupakan bulan rezeki kepada seluruh umat manusia.

sama2 lah kita beramal dan memanfaat sebaiknya Ramadhan ini demi mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa. Amin.

Nak lagu Ramadhan? klik saja...
http://www.ziddu.com/download/2075971/Raihan_ManBai-HarapanRamadhan.mp3.html
http://www.ziddu.com/download/2088853/Rabbani-HikmahRamadhan.mp3.html
http://www.ziddu.com/download/2089031/UNICmuhasabahramadhan.mp3.html
http://www.ziddu.com/download/2043337/OpickCahayaHatiRamadhanTiba.mp3.html BEST!!!
http://www.ziddu.com/download/6247031/tasya-sahurtiba.mp3.html
http://www.ziddu.com/download/6246918/zainbhikha-welcomeoramadhan.mp3.html
http://www.ziddu.com/download/6247236/hijjaz-kemuliaanramadhan.mp3.html
http://www.ziddu.com/download/6247031/tasya-sahurtiba.mp3.html BEST!!!

RENUNGAN PENGHUJUNG SYAABAN...

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah, tolong abaikan puasa Ummat Muhammad apabila sebelum memasuki Bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal2 yang berikut :

1. Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya. ( jika masih ada )
2. Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri.
3. Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang2 di sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kta bayangkan yang berdoa adalah malaikat dan mengaminkan adalah RASULULLAH dan para sahabat dan dilakukan pad hari Jumaat.

Di Kesempatan ini saya ingin memohon maaf di atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata samada yang disengajakan ataupun tidak.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL - MUBARAK...

Nak lagu raya??? klik saja...

http://www.mediafire.com/file/jnz0tgommdk/Aishah - Pulanglah di Hari Raya.mp3
http://www.mediafire.com/file/kw3omjiezkt/M Nasir - Satu Hari di Hari Raya.mp3
http://www.mediafire.com/file/azmeixzmmin/Anuar Ellina - Suasana Hari Raya.mp3
http://www.mediafire.com/file/u2twgw51xmx/Khairi Johari Johar - Sepasang Kurung Biru.mp3
http://www.mediafire.com/file/jzmycytv5zj/Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf.mp3
http://www.mediafire.com/file/nzyytnoywiz/Sit Nurhaliza - Airmata Syawal.mp3
http://www.mediafire.com/file/avy4yyl2tqu/P Ramlee - Dendang Perantau.mp3
http://www.mediafire.com/file/gdhjevkazll/Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda.mp3
http://www.mediafire.com/file/4kmzvt5hjhm/DJ Dave - Menjelang Hari Raya.mp3