Khamis, 16 Disember 2010

Teringin buat perjumpaan rakan chatterz...

Salam...

Rasanya belum terlewat utk saya ucapkan Selamat Tahun Baru Islam / Awal Muharram. Kemudian semalam ( 16/12/2010 ) telah diadakan bacaan Doa Selamat 10 muharram di rumah nenek aku.
Begitu pantas masa berlalu hinggakan x sedar tahun 2011 akan tiba. Yang x best skit, x tau lagi samada azam tahun 2010 adakah ADA yg tercapai atau tak. Ini pula nak merancang azam utk tahun 2011. Kita cuma mampu merancang, tapi tuhan yg menentukan.

Jadi, sebelum berakhirnya tahun 2010, aku ingin buat sesuatu sebagai kenangan. Pada 13/12/2010, Kakanda Saat ada petik pasal perjumpaan chatterz yg sudah lama xbuat. Hhmmm... cantik jugak cadangan tu. Perasaan rindu dgn geng2 chatterz timbul kembali. Terus flashback masa perjumpaan sulung kami yg amat meriah dgn baju merah kami... bestnya!

Saya berharap rakan2 dapat beri sokongan dalam usaha ini. Bukan hari2 pun jumpa. Tapi skali skala tu laaa yg paling ASYIKKK!!!

Cobalah bayangkan situasi pertemuan itu nanti, pasti perasaan bercampur baur dgn fikiran yg sarat dgn bahan cerita yg hendak dikongsikan setelah sekian lama terperap dalam badan... hahahhaaa....

( gambar kenangan perjumpaan sulung CHATTERZ )

Diharap rakan chatterz membaca nukilan ini dan respon laaa yg penting!!! heheheee.....




salam muhibbah dan selamat tahun baru 2011...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan